Monday, 1 June 2015

Kenal erti kesusahan maka hati dapat mengenali erti usaha

Bak kata sesetengah orang, tak kenal maka tak cinta. Sesuai digunakan untuk tajuk post ini.

Kenal Erti Kesusahan Maka Hati Dapat Mengenali Erti Usaha.

Semuanya berkaitan dengan hati. Dari mana datangnya kekuatan hati dari situlah akan terlahirnya sebuah impian yang diselitkan dengan usaha dan tawakkal. Mungkin ramai yang mengeluh lantaran kehidupan yang menekan.

Kesenangan hati dan kesenangan hidup bukan mudah untuk dicapai. Kesenangan hati datang apabila redha terhadap apa pun ujian Ilahi, dan berusaha dengan ibadah kepada yang MAHA PENCIPTA.

Kesenangan dunia datang apabila Redha setiap rezeki yang masuk ke tapak tangan dan menjadi darah daging. Redha bahawa perlu usaha tetapi rezeki itu milik DIA.

Kenali erti susah, maka hati kenal erti usaha.